Dunia serba digital dengan segala konfigurasi dan remifikasi permainan mayanya yang dianggap cutting edge dan state-of-the-art terpaksa akur dan memberi laluan hormat kepada permainan papan, Goolee. Permainan papan? Adakah ini langkah retrogresif? Pembalikan putaran jam ke zaman kereta lembu dan ais kepal?
Dari satu segi, memang ia menggamit nostalgia. Namun di sisi lain, Goolee ternyata permainan minda Alaf Tiga. Sesuai sekali penobatan kalangan ahli fikir dan sarjana yang menyatakan bahawa dunia kini sedang menelusuri ‘Alaf Minda’, manakala Winston Churchill secara kategorikal menyatakan bahawa “…peperangan akan datang adalah peperangan minda” (war of the minds). Ia menyulamkan secara integral keperluan nilai untuk menongkah zaman; nilai-nilai yang terbina dalam minda yang dimurnikan dengan beberapa sosok kekuatan. Antara hasilan segeranya adalah upaya untuk berfikiran strategik, mengenal corak, perungkai masalah dan kemantapan membina pasukan. Sekadar itu sahaja, sudah tentu tidak!
Goolee merangsang pemain untuk merentas wilayah teroka minda bawah sedar yang tiada batasannya. Ia mengatur gelombang otak dan mensinergikan antara tahap otak ketika berada di medan Beta dan Alpha. Ia menggilap sekaligus memperkasa kemampuan seseorang untuk mengundang tenaga-tenaga kreatif, inspirasional dan dinamik. Mereka yang terpaku menatap Goolee akan teruja untuk menyegerakan penghasilan, bukan semata-mata mahu berada di garis penamat kerana ia mampu menyerlahkan hakikat bahawa ‘tiada siapa yang hendak diperdaya dan ditewaskan melainkan diri sendiri’.
Pemain akan merasai suatu kelainan, pengalaman yang sama sekali berbeza apabila dicabar oleh Goolee. Ia menyentak minda dari keadaan separa-lamunannya untuk bertindak pantas mencipta kejayaan. Secara tidak langsung Goolee menyuntik kepekaan terhadap elemen masa, kesiapsiagaan, tumpuan yang jitu dan ketrampilan. Tatkala berhadapan dengan Goolee, pemain seolah-olah berada di dalam dimensi serba cakna dengan darjah kepedulian yang tinggi. Lagipun, pemain terpaksa mengolah kebijakannya sendiri untuk keluar dari pintalan permasalahan ketika sedang menolak dan meleret bidak semasa bermain Goolee. Kesemua ini berunsur kognitif dan dipupuk dalam kerangka santaian Goolee. Hebat bukan, tapi masih ada lagi.
Jika The Art of War karangan Sun Tzu dianggap karya monumental tentang seni militer, Goolee pula membekalkan asas bagi siapa saja untuk mengenali diri sambil membina kejatiannya. Ia mampu mencetuskan keluarbiasaan yang terjana dari gabungan di antara rasa, minda dan aksi. Goolee adalah seni tempur masa, kecekapan dan kepintaran untuk menewaskan status quo kelembapan diri sendiri.
Perekacipta yang melahirkan Goolee bukan sebarangan orang. Sentuhannya terhasil dari pengalamannya yang luas dalam bidang teknologi pendidikan serta menjadi konsultan pemerkasaan jatidiri. Beliau juga pengamal perubatan komplimentari berkelulusan Medical Doctorate (MD Hom). Human Overhaul dan Knowventure adalah antara masterpiece beliau yang diguna-pakai sepanjang penjelajahan alam bina pendidikannya. Tidak hairan beliau mampu menggarap potensi raksaksa yang selama ini terbenam jauh ke dalam diri bawah sedar seseorang.
Beliau adalah Dr Zieman.